Friday, February 14, 2014

Say NO to Valentine's Day!


Dah bermacam cara ditegur....dah bermacam cara diingatkan tapi masih ade segelintir anak-anak muda yang galak menyambut perayaan ini. Lihat saja laporan ini untuk tengok kesan dan akibat daripada sambutan Hari Valentine terhadap anak muka Islam :


Islam bukan menentang umatnya menunjukkan kasih sayang....malah digalakkan menyemarakkan lagi kasih sayang..tetapi..ada landasannya.

BUT

KENAPA???

CERITA 1:

Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom. Diorang menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (orang yang menyembah Ratu Juno). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya, iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

CERITA 2:

Pada zaman pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa dewi amat memusuhi agama Kristian dan mubaligh Kristian telah diseksa. St. Valentine selaku penganut tegar Kristian turut dipenjarakan. Diceritakan, walaupun St. Valentine dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan beliau telah diketahui oleh Claudius II dan beliau diperintahkan supaya diseksa & dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan beliau dianggap satu pengorbanan yang besar, maka penganut Kristian memperingati hari kematiannya.

CERITA 3:

Mengenai Claudius jugak.....Raja ini beranggapan tentera muda yang bujang adalah lebih gagah  dan kuat di medan pertempuran berbanding tentera yang sudah berkahwin. Maka beliau mengharamkan tentera-tentera beliau berkahwin. Namun St. Valentine menentang pendapat ini dan dengan senyap menikahkan pemuda-pemuda ini secara sulit. Setelah perbuatannya diketahui Claudius II, beliau dihukum gantung pada 14 Februari. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tu bertandatangan "From My Valentine". Maka orang Kristian mengambil tarikh ini untuk memperingati hari kasih sayang dan kematian paderi St. Valentine.

Walau apa pun cerita disebalik Hari Valentine ni....sudah terbukti ianya tak berkait sama sekali dengan agama Islam. Jadi, kenapa harus diikuti dan disambut beria-ria. Hukum Islam jelas dalam hal MELARANG umatnya meniru / menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W :

من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
Riwayat Abu Daud) 

NAK PENJELASAN LEBIH LANJUT?

Meh pakat-pakat tengok video ni ye....:-)






So....para muslimah sekalian, 

....wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan mindahadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidahsyarak dan tamadun manusia.


No comments:

Post a Comment