Monday, February 17, 2014

Gangguan Air - Peringatan Kecil dari Allah



Masuk hari ni dah dekat seminggu kawasan rumah saya ketiadaan air. Dari press release yang dikeluarkan oleh SYABAS, berlakunya pencemaran ammonia di Sungai Langat yang merupakan sumber air mentah yang disalurkan kepada Loji Rawatan Air Batu 11 & Bukit Tampoi. Diorang sebenarnya dah tutup loji tu dari 28 Januari lagi. Nasib baik la rumah apartment ade back-up tangki....so kesengsaraan tu berkuranglah sikit.

Sehingga hari ini....masih tak dapat dipastikan bile akan berakhirnya keperitan hidup kami....untuk maklumat yang update, boleh view SYABAS punya press release di SINI


So, rutin harian adalah...mengangkut air berbaldi-baldi dari temporary tank ni...


Malam-malam pun kena angkut air jugak...back-up untuk esok




Basuh kain pulak kat dobi jer....
Dobi ni nama dia CleanPro Express. Bersih & selesa....RECOMMENDED! Lain kali saya cerita lebih lanjut pasal dobi ni...Sekarang cite pasal air takde je...Anyway, kalau nak tau kat mana lokasi dobi ni kat kawasan you all...click HERE



Sebenarnya disebalik semua ini sebenarnya tersirat rahsia tersembunyi. Iaitu...sejauh mana kita mensyukuri dan menghargai nikmat pemberian Allah. Gali semula Al-Quran maka anda akan jumpa ayat-ayat yang diturunkan mengenai kebesaran kurniaan air dalam hidup manusia:


Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Surah Al-An'am : ayat 99)

Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," Dan air pun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itu pun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim." (Surah Hud : ayat 44)

Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi dan sesungguhnya kami benar-benar berkuasa menghilangkannya (Surah Al-Mu'minuun : ayat 18).

Oleh itu, sila jimatkan penggunaan air

Kita takkan pernah tahu bila nikmat ini bakal ditarik balik, lebih-lebih lagi sekarang musim kemarau. Semoga An-Nisa' semua dalam keadaan baik di bawah lindungan-Nya....:-)


No comments:

Post a Comment