Thursday, February 6, 2014

KARAOKE.....BOLEH KE TAK??


Isu ni bukan nak menyentuh perasaan mana-mana pihak atau siapa-siapa pun. Kerana realitinya.....saya sendiri adalah peminat TEGAR karaoke. Sejak zaman belajar lebih 12 tahun lepas saya dah jatuh cinta dengan hiburan berbentuk karaoke. Mungkin kerana diri ini yang cintakan muzik....dan konon-konon boleh la menyanyi sikit-sikit, saya jadikan karaoke sebagai salah satu aktiviti waktu senggang.

Waktu tu, semua lagu saya layan. Yang melayu, inggeris, hindustan.....semua rentak pun saya nyanyi dari ballad, rock sampailah ke dangdut. Dan yang pastinya dengan semua rakan-rakan waktu belajar dan kerja x kira lelaki dan perempuan. Alasannya....melepaskan lelah selepas stress dengan study & kerja... Astaghfirullahalazim..

Namun entah kenapa, tiba-tiba hati ini diketuk oleh satu soalan....

"Tidak malukah kamu berperangai begitu di hadapan orang-orang yang bukan mahram bagi kamu???"

Dan...soalan itu membawa jari jemari ini untuk meng'google'...apa sebenarnya hukum berkaraoke. Maka, terjumpalah pesan ahli ulama' ini:




Memang hati ini kadang-kadang meronta-ronta nak menyanyi-nyanyi lagi...dan godaan bertambah kuat kerana rakan-rakan pejabat masih lagi aktif dengan aktiviti ni. Tapi, saya kena cuba untuk menolak dengan senyuman...Kalau nak pergi juga mungkin dengan rakan-rakan wanita sahaja dan mungkin cukup sekadar 4-5 lagu pastu balik...dan..kene jugak pastikan tempat karaoke tu tidak menyajikan benda-benda terlarang seperti minuman keras.

Sesungguhnya sangat worth mengorbankan sesuatu yang kite suka tapi sebenarnya benda yang tak elok....demi redha Ilahi.

In sha Allah...


No comments:

Post a Comment