Wednesday, February 12, 2014

BIG BAD WOLF KEMBALI LAGI!


Melonjak-lonjak kegirangan hati ini bila dapat tahu book fair ni kembali lagi. Frust sebab terlepas nak datang ke fair 6-15 December last year dulu, Tuhan je yang tau. Kali ini, saya akan pastikan saya menjejakkan kaki ke sini. Lagipun....alahai...dekat sangat Mines Shopping Fair tu dari rumah.



Dalam keadaan rakan-rakan lain yang sibuk shopping branded handbag dan pelbagai gadget mewah, saya rasa lebih tenang dan bahagia dikelilingi oleh buku-buku sambil menghidu bau harumnya ilmu. Saya tidak 100% mengatakan mereka salah kerana mereka mungkin mampu nak membeli itu semua.....tapi sayang, mereka tidak mahu sama sekali mencintai buku...walhal merasa pelik sekiranya menemani saya ke kedai buku.



Saya sendiri tidak tahu sejak dari bila saya meminati buku. Cuma seingat saya, pada umur saya 6 tahun, makcik saya pernah memberitahu yang saya terasa 'panas' bila berada di rumah orang yang tiada bahan bacaan. Akan saya gali apa jua bahan yang ada, tak kisahlah majalah Remaja ke, Wanita ke, Maskulin ke, Mastika ke sampai Mangga pun saya baca (walhal kegelian di dalam hati menyaksikan artis di kolam mandi....).

Namun, bile start belajar dan bekerja..masa untuk membaca dah semakin berkurangan. Ditambah pula dengan tanggunggjawab baru sebagai ibu, masa untuk membaca semakin sikit atau kadang-kadang tiada langsung. Tapi baru-baru ini, saya terinspirasi semula untuk membaca bile menyaksikan selebriti Wardina Safiyyah menerapkan budaya membaca kepada anak-anak. Tipsnya, sebelum ajar mereka mencintai buku, ibu bapa dulu kene tunjuk contoh yang betul. So dalam kita mementingkan kesihatan badan anak-anak dengan memberi makanan yang berkhasiat, makanan minda juga adalah penting.


In shaa Allah, dengan izin Allah, saya akan berkongsi dengan anda, beberapa review buku yang saya baca. Mungkin nak habiskan 1 buku pun payah...tapi lebih baik mencuba daripada langsung tak buat kan?? :-)

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) - Al ' Alaq (Ayat 1)




No comments:

Post a Comment