Thursday, April 24, 2014

DFKL Casting Audition

Setiap orang punya  minat tersendiri dan kita tidak berhak sama sekali mengejek, mentertawakan mahupun menafikan minat seseorang. Jika manusia diciptakan dengan kelainan dan keistimewaan masing-masing, begitu juga perkara yang diminati oleh setiap insan.

Macam saya sendiri......saya dikategorikan sebagai seseorang yang mempunyai minat yang sangat mendalam mengenai SENI. Tapi seni yang yang saya suka bukan lah seni lukis mahupun seni  kaligrafi kerana saya sangat tidak mempunyai bakat ke arah lukisan.  Saya menghargai hasil seni dalam bentuk lukisan tetapi saya tidak rasa mahu menceburkan diri dalam bidang tersebut. Saya secara jujurnya cenderung ke arah the other branches of ART which is film, drama and music.

Walaupun saya  sangat minat tetapi tidak bermakna saya nak join industry tu 100%. Saya sudah ada kerjaya yang saya cintai. Cuma, saya selalu terfikir nak  mendapatkan sedikit pengalaman bagaimana  rasanya berada di tempat mereka. Mereka yang saya maksudkan anda boleh baca post saya lepas berkenaan Ayunya Selebriti Wanita Berhijab . TETAPI...bare in mind, saya bukan sama sekali mahu mencari populariti.  Saya selesa menjadi diri saya sendiri.


So, recently saya  encounter Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh TV3. Macam-macam aktiviti yang diaorang buat such as bengkel pengarahan,  penulisan skrip, pengolahan muzik tetapi yang paling saya keen sekali adalah ujibakat lakonan. (Okay...sila jangan gelakkan saya). Waktu itu, saya rasa, “Cool jugak kalau pergi dan mencuba.” Lepas isi form online, masih lagi rasa ragu-ragu sebenarnya. Tapi lepas dapat notification ni, hati terus kata..."JUST DO IT" (macam pernah dengar je)


Dapat tak dapat bukan isunya. Dengan keizinan suami, saya cabar diri saya untuk menghadiri ujibakat.  Berbekalkan pengalaman ujibakat lakonan yang pernah saya hadiri sempena Pilih Kasih (RTM) musim pertama  pada tahun 2008, saya pun pergi. Actually, kawan-kawan yang tahu niat saya semua tak percaya yang saya nekad untuk pergi. But...here I am!!!


Ramai kot orang yang datang...buka pukul 10pagi tapi waktu saya sampai pukul 11pagi dah ade 85 peserta menunggu.


Haaa...kat sinilah tempat audition nye.. Open space ok..Keliling orang boleh tengok.

Dapat tak dapat bukan big deal. Yang penting pengalaman audition sangat berharga. Bukan mudah  untuk membawakan watak orang lain. Present it in loud and clear...dengan penuh rasa yakin. It is one of the way to build the confidence in you!

2 comments:

  1. salam..hye,boleh sy tahu macam mana nak tahu dfkl akan ada open casting?atau macam mana nak isi borang online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi paan...u kn alert bile Media Prima anjurkan DFKL. selalu dia akan war2kan kat tv. Once kempen da start borang semua available on9 kat website DFKL

      Delete