Terfikir nak pergi spa yang dekat-dekat rumah je..tapi terasa nak dapat urutan ala-ala Thai yang orang kata syok tu. Bukan kata spa biasa x best, cuma sometimes diorang urut sekadar melepaskan batuk di tangga, sapu2 minyak aromatherapy pastu picit-picit ala kadar.
So...I heading to The Mines (sebab itu je yang paling dekat) and went to THAI ODYSSEY - Traditional Thai Massage.
Disambut dengan decor ala-ala Thai...siap ada garden lagi, I terus masuk to gather all the information.
Reception dia pun kemas je....I rasa I customer 1st for that day kot sebab baru pukul 10.30am. Receptionist ni memang pure orang Thailang, "swadikapppp...."...sopan santun sangat. Dia pun explain pakej-pakej yang ada.
Tak sure sebenarnya nak yang mana. Ada Half Body Massage, Traditional Thai Massage, Aromatherapy Massage, Thai Herbal Therapy, Body Scrub, Ultimate Thai Odyssey & Foot Massage. Semua macam best je. Mula-mula nak try urutan tarik-tarik macam yang 1st tu. Macam rare je kan. Tapi dia kata, Traditional Thai Massage tu quite hard. So bile dia tau last I berurut adalah setahun yang lepas dia tak suggest I ambik yang tu sebab takut urat-urat semua terkejut. Thai Herbal Therapy tu pulak macam slow sangat, nanti tak hilang pulak penat. So, I opt for Aromatherapy Massage.
Sementara menunggu masseur mempersiapkan bilik dan kelengkapan, I duduk la menunggu di ruang tamu spa sambil memerhatikan decor yang sangat menyenangkan. Rasa tenang je dengan aroma ruang yang sangat rilex. Kan best kalau ruang tamu rumah I pun macam ni....:-)
Pastu terdapat juga bahan-bahan bacaan yang tersedia. Tak sangka Thai Odyssey is among Malaysia's Most Outstanding Retailer-Chains. Mmmmm...outstanding!
Rawatan dimulakan dengan mencuri kotoran di kaki dengan air suam dan garam mineral. Dia scrub perlahan-lahan untuk hilangkan segala daki dan sel-sel mati especially kat tumit. Yelah orang keje jalan-jalan, tumit pun dah naik kematu.
Okay...bermulalah urutan badan saya selama 1 1/2 jam....proses urutan tak boleh la tunjuk. Tapi masseur tu memang TERBAIK!! 10 bintang saya bagi. Definitely dia minah Thailand. Setiap sentuhan tangan dia memang rasa terkena urat-urat I yang tergeliat tu....Habis terpusing kaki, tangan dan kepala dia buat. But seriously, it is an AWESOME experience. Disudahi dengan segelas Chinese Tea, badan yang lemah rasa segar bugar kembali.
Pada yang nak rasai pengalaman yang I rasai ni, mai pakat-pakat datang The Mines. Untuk branch yang berhampiran dengan anda, boleh click HERE .
Pic ni xde kena meengena dengan Thai Odyssey tapi aktiviti selepas urutan aromatherapy. Memandangkan ada assignment yang belum disiapkan, I take this opportunity to take a rest and calm my mind by having a dessert and reading a biography of a most promising man in Malaysia, Syed Mokhtar Al-Bukhary. kalau dah habis buku ni nanti saya post book review di sini okay.....!!
No comments:
Post a Comment