Wednesday, June 10, 2015

ANOTHER KHALIFAH WAITING TO ARRIVE

Assalamualaikum....

Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai...rezeki yang perlu diterima dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Alhamdulillah....rumahtangga yang dibina bersama suami tersayang sangat bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata. Syukran Jazilan Ya Allah.....sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang. Kami menerima sebuah lagi kejutan...

Allahuakbar....bukti sebuah kehamilan yang pasti.

Hakikatnya pregnancy kali ini sangat diselubungi tanda tanya. Period dah lewat hampir 2 minggu tapi bila buat upt test semuanya negative. Bukan sekali...4 kali. Bukan garis blur macam Zaheen dulu..tetapi sah hanya 1 line. Dari yang murah sampai yang mahal...semua gagal detect. Sampai consult di klinik, buat upt test di klinik...masih lagi negative. Even buat ultrascan pun x nampak apa-apa.

Tapi naluri seorang ibu memang sangat kuat. Selepas berzumba di hujung minggu, saya pergi sekali ke klinik yang berlainan tetapi result tetap sama. Doktor nasihatkan buat ujian darah untuk memastikan. Tapi keputusan ujian darah hanya boleh diperolehi lagi 2 hari. Balik ke rumah hati ini sudah x boleh sabar. Ku cuba lagi sekali menggunakan upt test yang memang dah dibeli untuk stanby di rumah...Akhirnya...terang lagi bersuluh...2 line itu jelas kelihatan. Mengalir air mata kesyukuran. Tak sabar nak tunggu malam nak bagi tau hubby.

2 hari kemudian, pergi lagi ke klinik untuk ambil keputusan ujian darah.


Seperti yang dijangka, saya positif mengandung. Walaupun kalau ikut perkiraan sendiri janin di dalam rahim dah berusia lebih kurang 5 minggu..tapi x pelah. Yang penting, di dalam itu sudah ada seorang lagi waris En. Zulkarnain.


Ultrasound yang pertama di capture oleh Dr. Azlina. Doktor yang aku loyal dari Safiyya sampai sekarang. Doktor yang sangat baik, mesra dan gentle.. Bagi yang tinggal di kawasan Balakong, Klinik Impian (by Dr. Azlina Sabri) is highly recommended. So, EDD (Expected Due Date) mentioned is 15/8/15. Cantik nya tarikh....Alhamdulillah.


Masuk 3 bulan, dah ada officially buku pink. Buku yang akan sentiasa menemani mama kemana saja.

Seperti yang diceritakan oleh mummy2 di luar sana...setiap kehamilan mempunyai kisah yang berbeza walaupun dikandung di dalam rahim yang sama.

Setelah berjaya mengharungi VBAC last 3 years, ku berdoa supaya kelahiran kali ini dipermudahkan. Bagi sesiapa yang tidak pernah membaca kisah VBAC yang kuharungi, boleh baca DI SINI

Saat nukilan ini ditulis kandungan ini telah memasuki trimester ke-3. Semoga semuanya berjalan lancar. Jika berkesempatan akan diceritakan apa rutin harian harian sepanjang trimester ini sebagai persediaan bersalin.











No comments:

Post a Comment