Thursday, June 11, 2015

Pre-Natal Exercise

Antara azam untuk pregnancy kali ini adalah tu keep fit. Yes...keep fit bukan bermakna diet x tentu arah and excessive exercise. Tapi melakukan aktiviti riadah dan senaman yang bersesuaian untuk ibu-ibu mengandung.

Senaman sebenarnya boleh memberi keajaiban terhadap bakal2 mummy. Selain dari membantu menstabilkan mood (yelah..waktu pregnant ni kan selalu mood swing), membantu mendapatkan tidur yang lena dan mengurangkan sakit belakang, ia turut mengelakkan gestational diabetes (kencing manis sewaktu hamil) dan preeclampsia (keadaan di mana ibu2 mengalami sudden high blood pressure yang boleh menyebabkan koma). Senaman juga menguatkan otot2 ibu dan membuatkannya lebih elastic yang mana membantu mengekalkan kembali bentuk asal tubuh selepas melahirkan...(part ni yang best..). Pendek kata, senaman memang memberikan banyak manfaat seperti yang disarankan oleh American College of Obstetricians & Gynecologist, 'seorang wanita mengandung digalakkan melakukan senaman at least 30minit sehari, 2-3 kali seminggu. 

Kat bawah ni, saya nak menyarankan beberapa kaedah senaman simple yang boleh dipraktikkan oleh mummy2 to be. Tapi, bersederhanalah dalam melakukannya kerana ada yang x sesuai dilakukan di hujung-hujung kehamilan. Dan, sila consult dengan doktor O&G anda sebelum mencubanya ye...




  • Berjalan: Antara senaman kardiovaskular yang terbaik untuk ibu-ibu mengandung. Berjalan makes you fit tanpa mencederakan bahagian2 tubuh. Senang dilakukan...di mana sahaja..dan x memerlukan sebarang equipment. Yang penting hanya ada sepasang kasut yang sesuai.  

  • Berenang: Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan mengesahkan berenang adalah selamat untuk pregnant mummies. Berenang akan membantu menggerakkan otot2 utama tubuh (kaki dan lengan), memberi manfaat kepada otot kardiovaskular dan memberikan perasaan yang 'ringan' terhadap beban perut yang ditanggung ibu-ibu. 

  • Low-impact Aerobics: Senaman aerobic menguatkan jantung dan membentuk tubuh badan yang menarik. Lagi2 kalau mummy2 join kelas aerobic yang khusus untuk wanita mengandung..lagi best...Selain ada trainer yang memberikan guide yang betul terhadap gerakan2 yang tidak mencederakan bayi dalam kandungan, mummy2 boleh bersosial dengan mummy2 yang lain.

  • Menari: Menari boleh dilakukan menggunakan lagu2 favourate u alls dan boleh juga dilakukan dengan selesa dalam rumah dan bilik tidur sekalipun. Tapi elakkan la gerakan2 berbahaya seperti meniarap, melompat dan berguling2. 

  • Yoga: Yoga membina membina otot2 tubuh dan mengekalkan flexibility tubuh. Tapi kalau boleh jangan lakukan high-impact yoga kerana dikhuatiri memudaratkan bayi dalam kandungan. Selang seli kan aktiviti yoga dengan berjalan ataupun berenang.

  • Stretching: Stretching sangat berkesan untuk melenturkan tubuh, merehatkan dan mengelakkan ketegangan otot. Tambahkan sedikit gerakan stretching di dalam setiap aktiviti workout untuk effect yang lebih berkesan.

  • Weight training: Kalau weight training memang dah jadi rutin harian anda, jangan berhenti..teruskan saja. Cuma ubah sikit teknik nya supaya menjadi lebih perlahan dan terkawal. So nanti kalau dah lepas bersalin xdelah kena start from A-Z untuk turunkan berat badan...:-) 

Wednesday, June 10, 2015

ANOTHER KHALIFAH WAITING TO ARRIVE

Assalamualaikum....

Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai...rezeki yang perlu diterima dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Alhamdulillah....rumahtangga yang dibina bersama suami tersayang sangat bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata. Syukran Jazilan Ya Allah.....sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang. Kami menerima sebuah lagi kejutan...

Allahuakbar....bukti sebuah kehamilan yang pasti.

Hakikatnya pregnancy kali ini sangat diselubungi tanda tanya. Period dah lewat hampir 2 minggu tapi bila buat upt test semuanya negative. Bukan sekali...4 kali. Bukan garis blur macam Zaheen dulu..tetapi sah hanya 1 line. Dari yang murah sampai yang mahal...semua gagal detect. Sampai consult di klinik, buat upt test di klinik...masih lagi negative. Even buat ultrascan pun x nampak apa-apa.

Tapi naluri seorang ibu memang sangat kuat. Selepas berzumba di hujung minggu, saya pergi sekali ke klinik yang berlainan tetapi result tetap sama. Doktor nasihatkan buat ujian darah untuk memastikan. Tapi keputusan ujian darah hanya boleh diperolehi lagi 2 hari. Balik ke rumah hati ini sudah x boleh sabar. Ku cuba lagi sekali menggunakan upt test yang memang dah dibeli untuk stanby di rumah...Akhirnya...terang lagi bersuluh...2 line itu jelas kelihatan. Mengalir air mata kesyukuran. Tak sabar nak tunggu malam nak bagi tau hubby.

2 hari kemudian, pergi lagi ke klinik untuk ambil keputusan ujian darah.


Seperti yang dijangka, saya positif mengandung. Walaupun kalau ikut perkiraan sendiri janin di dalam rahim dah berusia lebih kurang 5 minggu..tapi x pelah. Yang penting, di dalam itu sudah ada seorang lagi waris En. Zulkarnain.


Ultrasound yang pertama di capture oleh Dr. Azlina. Doktor yang aku loyal dari Safiyya sampai sekarang. Doktor yang sangat baik, mesra dan gentle.. Bagi yang tinggal di kawasan Balakong, Klinik Impian (by Dr. Azlina Sabri) is highly recommended. So, EDD (Expected Due Date) mentioned is 15/8/15. Cantik nya tarikh....Alhamdulillah.


Masuk 3 bulan, dah ada officially buku pink. Buku yang akan sentiasa menemani mama kemana saja.

Seperti yang diceritakan oleh mummy2 di luar sana...setiap kehamilan mempunyai kisah yang berbeza walaupun dikandung di dalam rahim yang sama.

Setelah berjaya mengharungi VBAC last 3 years, ku berdoa supaya kelahiran kali ini dipermudahkan. Bagi sesiapa yang tidak pernah membaca kisah VBAC yang kuharungi, boleh baca DI SINI

Saat nukilan ini ditulis kandungan ini telah memasuki trimester ke-3. Semoga semuanya berjalan lancar. Jika berkesempatan akan diceritakan apa rutin harian harian sepanjang trimester ini sebagai persediaan bersalin.