Senaman sebenarnya boleh memberi keajaiban terhadap bakal2 mummy. Selain dari membantu menstabilkan mood (yelah..waktu pregnant ni kan selalu mood swing), membantu mendapatkan tidur yang lena dan mengurangkan sakit belakang, ia turut mengelakkan gestational diabetes (kencing manis sewaktu hamil) dan preeclampsia (keadaan di mana ibu2 mengalami sudden high blood pressure yang boleh menyebabkan koma). Senaman juga menguatkan otot2 ibu dan membuatkannya lebih elastic yang mana membantu mengekalkan kembali bentuk asal tubuh selepas melahirkan...(part ni yang best..). Pendek kata, senaman memang memberikan banyak manfaat seperti yang disarankan oleh American College of Obstetricians & Gynecologist, 'seorang wanita mengandung digalakkan melakukan senaman at least 30minit sehari, 2-3 kali seminggu.
Kat bawah ni, saya nak menyarankan beberapa kaedah senaman simple yang boleh dipraktikkan oleh mummy2 to be. Tapi, bersederhanalah dalam melakukannya kerana ada yang x sesuai dilakukan di hujung-hujung kehamilan. Dan, sila consult dengan doktor O&G anda sebelum mencubanya ye...
- Berjalan: Antara senaman kardiovaskular yang terbaik untuk ibu-ibu mengandung. Berjalan makes you fit tanpa mencederakan bahagian2 tubuh. Senang dilakukan...di mana sahaja..dan x memerlukan sebarang equipment. Yang penting hanya ada sepasang kasut yang sesuai.
- Berenang: Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan mengesahkan berenang adalah selamat untuk pregnant mummies. Berenang akan membantu menggerakkan otot2 utama tubuh (kaki dan lengan), memberi manfaat kepada otot kardiovaskular dan memberikan perasaan yang 'ringan' terhadap beban perut yang ditanggung ibu-ibu.
- Low-impact Aerobics: Senaman aerobic menguatkan jantung dan membentuk tubuh badan yang menarik. Lagi2 kalau mummy2 join kelas aerobic yang khusus untuk wanita mengandung..lagi best...Selain ada trainer yang memberikan guide yang betul terhadap gerakan2 yang tidak mencederakan bayi dalam kandungan, mummy2 boleh bersosial dengan mummy2 yang lain.
- Menari: Menari boleh dilakukan menggunakan lagu2 favourate u alls dan boleh juga dilakukan dengan selesa dalam rumah dan bilik tidur sekalipun. Tapi elakkan la gerakan2 berbahaya seperti meniarap, melompat dan berguling2.
- Yoga: Yoga membina membina otot2 tubuh dan mengekalkan flexibility tubuh. Tapi kalau boleh jangan lakukan high-impact yoga kerana dikhuatiri memudaratkan bayi dalam kandungan. Selang seli kan aktiviti yoga dengan berjalan ataupun berenang.
- Stretching: Stretching sangat berkesan untuk melenturkan tubuh, merehatkan dan mengelakkan ketegangan otot. Tambahkan sedikit gerakan stretching di dalam setiap aktiviti workout untuk effect yang lebih berkesan.
- Weight training: Kalau weight training memang dah jadi rutin harian anda, jangan berhenti..teruskan saja. Cuma ubah sikit teknik nya supaya menjadi lebih perlahan dan terkawal. So nanti kalau dah lepas bersalin xdelah kena start from A-Z untuk turunkan berat badan...:-)