Friday, April 25, 2014

Traditional Thai Massage @ Thai Odyssey

Working as a MARCOM officer dalam education industry memang hectic. Lebih-lebih lagi time intake months. Tak berdaya rasa tulang-temulang ni nak bekerja 30 hari tanpa henti (termasuk Sabtu & Ahad ye puan-puan). Bila exhaustion itu reach to the max, saya mula rasa perlunya masa untuk draw back and take some rest. Kalau paksa diri, boleh jadi mereng rasanya. Fikir punya fikir apa yang nak saya buat untuk release the tense, tetiba terfikir best jugak kalau badan yang longlai ni diurut-urut...dah banyak urat berselirat minta dileraikan ni...

Terfikir nak pergi spa yang dekat-dekat rumah je..tapi terasa nak dapat urutan ala-ala Thai yang orang kata syok tu. Bukan kata spa biasa x best, cuma sometimes diorang urut sekadar melepaskan batuk di tangga, sapu2 minyak aromatherapy pastu picit-picit ala kadar.

So...I heading to The Mines (sebab itu je yang paling dekat) and went to  THAI ODYSSEY - Traditional Thai Massage.



Disambut dengan decor ala-ala Thai...siap ada garden lagi, I terus masuk to gather all the information.


Reception dia pun kemas je....I rasa I customer 1st for that day kot sebab baru pukul 10.30am. Receptionist ni memang pure orang Thailang, "swadikapppp...."...sopan santun sangat. Dia pun explain pakej-pakej yang ada.


Tak sure sebenarnya nak yang mana. Ada Half Body Massage, Traditional Thai Massage, Aromatherapy Massage, Thai Herbal Therapy, Body Scrub, Ultimate Thai Odyssey & Foot Massage. Semua macam best je. Mula-mula nak try urutan tarik-tarik macam yang 1st tu. Macam rare je kan. Tapi dia kata, Traditional Thai Massage tu quite hard. So bile dia tau last I berurut adalah setahun yang lepas dia tak suggest I ambik yang tu sebab takut urat-urat semua terkejut. Thai Herbal Therapy tu pulak macam slow sangat, nanti tak hilang pulak penat. So, I opt for Aromatherapy Massage.



Sementara menunggu masseur mempersiapkan bilik dan kelengkapan, I duduk la menunggu di ruang tamu spa sambil memerhatikan decor yang sangat menyenangkan. Rasa tenang je dengan aroma ruang yang sangat rilex. Kan best kalau ruang tamu rumah I pun macam ni....:-)


Pastu terdapat juga bahan-bahan bacaan yang tersedia. Tak sangka Thai Odyssey is among Malaysia's Most Outstanding Retailer-Chains. Mmmmm...outstanding!


Rawatan dimulakan dengan mencuri kotoran di kaki dengan air suam dan garam mineral. Dia scrub perlahan-lahan untuk hilangkan segala daki dan sel-sel mati especially kat tumit. Yelah orang keje jalan-jalan, tumit pun dah naik kematu.


Okay...bermulalah urutan badan saya selama 1 1/2 jam....proses urutan tak boleh la tunjuk. Tapi masseur tu memang TERBAIK!! 10 bintang saya bagi. Definitely dia minah Thailand. Setiap sentuhan tangan dia memang rasa terkena urat-urat I yang tergeliat tu....Habis terpusing kaki, tangan dan kepala dia buat. But seriously, it is an AWESOME experience. Disudahi dengan segelas Chinese Tea, badan yang lemah rasa segar bugar kembali.

Pada yang nak rasai pengalaman yang I rasai ni, mai pakat-pakat datang The Mines. Untuk branch yang berhampiran dengan anda, boleh click HERE .


Pic ni xde kena meengena dengan Thai Odyssey tapi aktiviti selepas urutan aromatherapy. Memandangkan ada assignment yang belum disiapkan, I take this opportunity to take a rest and calm my mind by having a dessert and reading a biography of a most promising man in Malaysia, Syed Mokhtar Al-Bukhary. kalau dah habis buku ni nanti saya post book review di sini okay.....!!

Thursday, April 24, 2014

Big Bad Wolf - Book Heaven

BOOK HEAVEN for BOOK LOVERS!!!

That's what I can describe about Big Bad Wolf. Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke pesta buku ni memang sangat mengujakan. Mungkin ramai yang kata saya jakun sebab over excited tapi dengan kekangan masa, saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya juga meluangkan sedikit masa yang ade ke sini.

Actually story ni pun dah lapuk since event tu being held on 15-23 February yang lepas. Tapi for the sake of sharing, I still nak post my experience. Sudilah kiranya membaca ye...:-)


Pergi pun sorang-sorang sebab husband tak boleh teman. Tengok duit dalam wallet pun dalam bape hinggit je....xpe, pergi je tengok apa yang ada.


Bila masuk je...I was like...WOOOWWWW!!! This is what you call heaven. Syurga buku @ syurga ilmu. Besarnya kawasan....full of books! Just name it, fiction, motivation, biography, novel cintan-cintun, travel guide, cooking, self-motivation, decoration, parenthood, teenagers dan macam-macam lagi.


Sempat jugak singgah dan grab few books untuk si anak dara dan anak teruna di rumah tu. Memang crazy lah kat dalam tu. Buku harga RM1 pun ada..can you imagine?? Even bawak tak sampai RM50, still boleh bawak balik 10 buah buku....saya suka...saya suka!!

Dan, disebabkan story ni dah lapuk, recently Big Bad Wolf buat  lagi sekali event ni di The Mines tapi mechanism dia lain sikit.


Haaaa...so, dia x jual individual books. We all kena beli kotak yang sesuai dan muat-muatkan semua buku yang kite nak beli dalam box tu. Terms & conditions apply adalah:

1) Selepas semua buku dimasukkan, kotak mesti boleh ditutup dengan rapi. Tak boleh nak sumbat selagi muat sampat terkoyak. Organizer akan ask you either to re-arrange the books or let go some of the books sekiranya memang x boleh muat.

2) Sila pilih kotak anda wisely sebab kotak yang dibeli is not exchangeable. Kalau terbeli kotak kecik at last ade banyak buku nak beli...rugilah...nanti balik kempunan pulak...

So.....I GOT MINE!!!


I beli kotak RM79.90 je...itu pun dah kemek-kemek kotak tu I kerjakan. What I can say is...cintailah buku...sangat rugi orang yang tidak appreciate bacaan ilmiah ini...

So now....waiting for the next round of event...See ya!!!


DFKL Casting Audition

Setiap orang punya  minat tersendiri dan kita tidak berhak sama sekali mengejek, mentertawakan mahupun menafikan minat seseorang. Jika manusia diciptakan dengan kelainan dan keistimewaan masing-masing, begitu juga perkara yang diminati oleh setiap insan.

Macam saya sendiri......saya dikategorikan sebagai seseorang yang mempunyai minat yang sangat mendalam mengenai SENI. Tapi seni yang yang saya suka bukan lah seni lukis mahupun seni  kaligrafi kerana saya sangat tidak mempunyai bakat ke arah lukisan.  Saya menghargai hasil seni dalam bentuk lukisan tetapi saya tidak rasa mahu menceburkan diri dalam bidang tersebut. Saya secara jujurnya cenderung ke arah the other branches of ART which is film, drama and music.

Walaupun saya  sangat minat tetapi tidak bermakna saya nak join industry tu 100%. Saya sudah ada kerjaya yang saya cintai. Cuma, saya selalu terfikir nak  mendapatkan sedikit pengalaman bagaimana  rasanya berada di tempat mereka. Mereka yang saya maksudkan anda boleh baca post saya lepas berkenaan Ayunya Selebriti Wanita Berhijab . TETAPI...bare in mind, saya bukan sama sekali mahu mencari populariti.  Saya selesa menjadi diri saya sendiri.


So, recently saya  encounter Drama Festival Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh TV3. Macam-macam aktiviti yang diaorang buat such as bengkel pengarahan,  penulisan skrip, pengolahan muzik tetapi yang paling saya keen sekali adalah ujibakat lakonan. (Okay...sila jangan gelakkan saya). Waktu itu, saya rasa, “Cool jugak kalau pergi dan mencuba.” Lepas isi form online, masih lagi rasa ragu-ragu sebenarnya. Tapi lepas dapat notification ni, hati terus kata..."JUST DO IT" (macam pernah dengar je)


Dapat tak dapat bukan isunya. Dengan keizinan suami, saya cabar diri saya untuk menghadiri ujibakat.  Berbekalkan pengalaman ujibakat lakonan yang pernah saya hadiri sempena Pilih Kasih (RTM) musim pertama  pada tahun 2008, saya pun pergi. Actually, kawan-kawan yang tahu niat saya semua tak percaya yang saya nekad untuk pergi. But...here I am!!!


Ramai kot orang yang datang...buka pukul 10pagi tapi waktu saya sampai pukul 11pagi dah ade 85 peserta menunggu.


Haaa...kat sinilah tempat audition nye.. Open space ok..Keliling orang boleh tengok.

Dapat tak dapat bukan big deal. Yang penting pengalaman audition sangat berharga. Bukan mudah  untuk membawakan watak orang lain. Present it in loud and clear...dengan penuh rasa yakin. It is one of the way to build the confidence in you!

Friday, February 21, 2014

Ayunya selebriti wanita berhijab

Assalamualaikum.....

Entri kali ni adalah untuk memperlihatkan kepada anda betapa ayunya wajah selebriti yang berhijab. Mungkin ada yang kata, ada segelintir artis ni yang masih giat dalam inidustri walaupun memakai hijab. Tapi, think in th epositive way, mereka sedang berhijrah ke arah yang lebih baik..maka jangan lah dikritik terus-terusan tetapi terus memberi sokongan. Ada antara mereka ni memang telah berhijab sebelum menjadi selebriti tapi lebih ramai yang telah berhijrah dan berubah. Alhamdulillah....

First, kita tengok kategori PENYANYI:

Siti Nurhaliza

Alyah

Shila Amzah

Heliza Helmi

Farah Asyikin 

Farah AF

Ana Raffali

Siti Nordiana

Mizz Nina

Ramlah Ram

Nora

Najwa Latif

Ainan Tasneem

Elyana

Misha Omar

Akma AF

Noraniza Idris

Liza Hanim

Sharifah Aini

Aishah

Waheeda

Then, kita tengok kategori PELAKON:

Wardina Safiyyah (yang ni favorite saya)

Diana Amir

Irma Hasmie

Yatt Hamzah

Anne Ngasri

Norkhiriah

Puteri Sarah

Memey Suhaiza

Aida Khalida

Raja Farah

Wawa Zainal

Fiza Elite

Eja

Sasha & Sharifah Sofia

Abby Abadi

Lisdawati
Sheila Rusly

Enot

Catriona Ross

Azza Elite

Ekin

Safura


Sekarang, kita tengok pula kategori PENGACARA:

Norjuma Habib - TV3

Teh Syuhada - TV3

Nurul Syuhada Nurul Ain - TV3

Farrah Adeeba

Anne - Hot FM

Abby Fana & Azizah Arifin - TV3

Model pun ramai jugak.....

Natasha Hudson

Liuney Natasha

Jom kita tengok artis seberang pulak:

Asmirandah

Marshanda

Zaskia

Nuri Maulida

Risty Tagor

Inneke Koesherawati

Oki Setiana Dewi

Desy Ratnasari

Fatin Shidqia Lubis


 Mai pakat tengok gambaq diorang bersama-sama......sejuk nye hati...








Masya-Allah....Tuhan pencipta sekalian alam......sungguh indah ciptaanmu.....Alhamdulillah...