Sunday, October 27, 2013


CIRI -CIRI WANITA MUSLIMAH & ISTERI SOLEHAH

Rasulullah bersabda:"Dan sebaik-baik wanita adalah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya..dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu..." (Hadith riwayat Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan Al-Hakim)

Sebagai kaum wanita, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Terbaik untuk menjadi isteri kepada suami yang dicintai, terbaikuntuk menjadi ibu kepada anak-anak yang dikasihi, terbaik untuk menjadi anak kepada ibu bapa yang disayangi, terbaik untuk menjadi contoh kepada masyarakat yang dihormati DAN terbaik buat ALLAH & AGAMA yang disanjungi.

1. BERPEGANG KEPADA AGAMA
Wanita yang berpegang kepada agama dalam setiap aspek kehidupan mempunya keperibadian yang unggul. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam.

2. MEMPUNYAI 'INNER BEAUTY'
Seorang wanita yang tulen adalah yang lemah lembut dalam perwatakan tetapi mempunyai prinsip hidup yang tegas. Sekiranya mempunyai rupa paras yang menawan itu hanyalah 'bonus'.

3. MANJA
Lelaki amat menyenangi wanita yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Sifat manja juga akan menyenangkan hati lelaki. Tetapi bukan lah melampau hingga menampakkan ditrinya tidak matang.

4.MENJAGA KECANTIKAN
Wanita yang mementingkan kecantikan dan kekemasan penampilan diri dipandang tinggi oleh suami. Memang fitrah seorang wanita ingin sentiasa kelihatan cantik asalkan bersederhana dan tidak menampilkan kecantikannya untuk insan selain dari suaminya yang berhak.

5. BERAKHLAK MULIA
Berakhlak mulia dalam erti kata sopan santun, memperhalusi bicara dan menghormati orang lain. Mereka lah tunjang kejayaan suami.

6. TIDAK CEREWET
Sabda Rasulullah SAW: "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya..." (Hadith Riwayat Nasa'i)

7. MEMAHAMI SUAMI
Wanita harus mempunyai instinct terhadap keadaan suami. Seorang wanita yang bijak boleh menafsir apa yang sedang dirasai oleh suami dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Sekiranya suami itu sedang berdiam diri dan dahinya berkerut, usahlah ditambah lagi beban fikirannya...tenangkanlah dia dengan sajian minuman, urutilah pundak nya yang seharian bekerja dan selitkan lah senda gurau di dalam kata-kata.

8. SEJUK MATA MEMANDANG
'Beauty lies in the eyes of beholder'. Tidak semua orang dikurniaan Tuhan dengan rupa paras seperti Miss World, namun wanita harus berupaya membawa diri supaya kita dilihat sentiasa manis dan menyenangkan seperti:
  • Bersopan santun
  • Senantiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menjaga aurat
  • Tidak cemburu buta
  • Menghormati orang lain

Bak nasihat Prof. Dr. Muhaya, mari kita audit diri. Kita semua tidak perfect tapi kita harus ada motivasi atau 'drive' untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment