Monday, October 28, 2013

JODOH ITU RAHSIA ALLAH - KISAH CINTA SUCI PUTERI 'TANPA SAYAP'


Melihat keromantisan gambar sepasang kekasih ini, kita seolah-oleh tidak perasan perbezaannya dengan pasangan bahagia yang lain... Hakikatnya, ini adalah kisah cinta sejati

PUTRI HERLINA
REZA SOMANTRI

Putri Herlina dilahirkan tidak sempurna. Kedua orang tua yang tidak pernah dikenali membuangnya di hospital sedari kecil hanya kerana bayi mulus dilahirkan tanpa kedua-dua tangannya. Putri diambil oleh seorang individu dengan harapan beliau dijaga rapi tetapi berlaku sebaliknya. Gadis cilik ini dijadikan alat pemerdagangan dengan dipaksa mengemis di jalanan, meraih simpati orang ramai. Tidur di kaki lima yang tidak beralas dan diselimuti debu adalah perkara biasa bagi Putri.

Sehinggalah Tuhan menemukannya dengan dengan pengurus dari sebuah panti asuhan, Bu Naryo. Di dalam asuhan Bu Naryo, Putri dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa. Walaupun tubuhnya tidak sempurna, Putri seorang gadis yang tidak pernah patah semangat dan tidak mahu dirinya dibezakan dengan gadis normal yang lain. 

"Aku sekolah di sekolah biasa mas, aku ngak mau dikasihani, SMP ku di sekolah Muhammadiyah biasa, SMA ku juga, aku tidak minta meja khusus...kutulis semua dengan kakiku..bisa kok!" tegas Putri.






Setelah menamatkan pembelajaran menengah, Putri kembali ke panti asuhan yang pernah menjadi tempatnya berlindung. Berkhidmat dan berbakti kepada kanak-kanak yang senasib dengannya.


Pernah juga ditawarkan pembiayaan membuat tangan palsu supaya dia bisa hidup bahagia sekiranya telah berumah tangga, namun Putri menolak dengan halus:

"Aku ingin suami yang mencintaiku apa adanya. Lelaki kerap melihat wanita dari kelebihannya saja, tapi aku pingin suamiku tahu kekuranganku. Lagipun, kami akan hidup bersama hingga mati kan..." tutur Putri.

Allahuakbar....Tuhan itu Maha Adil. Seolah mendengar doa insan ini, Allah menghantar seorang jejaka untuk menghapuskan air mata derita Putri. Reza Somantri adalah seorang jejaka yang sangat istimewa di mata Putri. Bukan kerana beliau anak Bekas Timbalan Gabenor Indonesia, tetapi kerana Reza adalah lelaki sederhana yang bisa melihat kesempurnaan di dalam diri Putri.



Berkat restu kedua ibu bapa pihak lelaki yang mendoakan kebahagiaan hidup anak lelaki mereka, pasangan ini disatukan dengan majlis yang penuh gemilang bersaksikan air mata kesyukuran yang berlinangan di pipi Putri Herlina. Bak kisah dongeng, Putri ditakdirkan Tuhan menemui insan yang menolak tepi kekurangan dirinya atas bukti cinta sejati.

Semoga jodoh mereka dipanjangkan Allah dan sentiasa bahagia ke anak cucu...

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat sabung menyabung. Kita menangis, merintih dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi....Begitulah juga perihal jodoh. Kita menangis di atas kegagalan cinta yang lalu tanpa kita sedar Allah mahu mengirimkan jodoh yang jauh lebih baik...

Bersabar dan berserahlah kepada Allah....


Sunday, October 27, 2013


CIRI -CIRI WANITA MUSLIMAH & ISTERI SOLEHAH

Rasulullah bersabda:"Dan sebaik-baik wanita adalah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya..dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu..." (Hadith riwayat Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan Al-Hakim)

Sebagai kaum wanita, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Terbaik untuk menjadi isteri kepada suami yang dicintai, terbaikuntuk menjadi ibu kepada anak-anak yang dikasihi, terbaik untuk menjadi anak kepada ibu bapa yang disayangi, terbaik untuk menjadi contoh kepada masyarakat yang dihormati DAN terbaik buat ALLAH & AGAMA yang disanjungi.

1. BERPEGANG KEPADA AGAMA
Wanita yang berpegang kepada agama dalam setiap aspek kehidupan mempunya keperibadian yang unggul. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam.

2. MEMPUNYAI 'INNER BEAUTY'
Seorang wanita yang tulen adalah yang lemah lembut dalam perwatakan tetapi mempunyai prinsip hidup yang tegas. Sekiranya mempunyai rupa paras yang menawan itu hanyalah 'bonus'.

3. MANJA
Lelaki amat menyenangi wanita yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Sifat manja juga akan menyenangkan hati lelaki. Tetapi bukan lah melampau hingga menampakkan ditrinya tidak matang.

4.MENJAGA KECANTIKAN
Wanita yang mementingkan kecantikan dan kekemasan penampilan diri dipandang tinggi oleh suami. Memang fitrah seorang wanita ingin sentiasa kelihatan cantik asalkan bersederhana dan tidak menampilkan kecantikannya untuk insan selain dari suaminya yang berhak.

5. BERAKHLAK MULIA
Berakhlak mulia dalam erti kata sopan santun, memperhalusi bicara dan menghormati orang lain. Mereka lah tunjang kejayaan suami.

6. TIDAK CEREWET
Sabda Rasulullah SAW: "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya..." (Hadith Riwayat Nasa'i)

7. MEMAHAMI SUAMI
Wanita harus mempunyai instinct terhadap keadaan suami. Seorang wanita yang bijak boleh menafsir apa yang sedang dirasai oleh suami dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Sekiranya suami itu sedang berdiam diri dan dahinya berkerut, usahlah ditambah lagi beban fikirannya...tenangkanlah dia dengan sajian minuman, urutilah pundak nya yang seharian bekerja dan selitkan lah senda gurau di dalam kata-kata.

8. SEJUK MATA MEMANDANG
'Beauty lies in the eyes of beholder'. Tidak semua orang dikurniaan Tuhan dengan rupa paras seperti Miss World, namun wanita harus berupaya membawa diri supaya kita dilihat sentiasa manis dan menyenangkan seperti:
  • Bersopan santun
  • Senantiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menjaga aurat
  • Tidak cemburu buta
  • Menghormati orang lain

Bak nasihat Prof. Dr. Muhaya, mari kita audit diri. Kita semua tidak perfect tapi kita harus ada motivasi atau 'drive' untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

Wassalam....