Tuesday, December 24, 2013

Perkahwinan Mengikut Tuntutan Islam

Menjelang Disember ni...ramai nampak gayanya pasangan-pasangan yang telah lama menjalin cinta memutuskan untuk berumahtangga. Alhamdulillah....sesungguhnya berkahwin itu adalah sunnah yang sangat dituntut dalam Islam.

Rasulullah sendiri pernah bersabda "Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku" dan dalam sunnahnya yang lain "Sebaik-baik wanita itu apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (Gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu"


Mengapa perlu berkahwin? Tidakkah anda lihat bagaimana Islam menyokong keharmonian dalam umatnya. Ia dilihat menyumbang ke arah:
Menenangkan jiwa
Mententeramkan hati
Menambahkan populasi umat dari sebuah ikatan percintaan yang tulus dan HALAL
Menjauhkan dari gejala maksiat


Tapi dalam kemeriahan menjalankan upacara walimatul urus, ramai yang terleka dengan larangan dalam majlis perkahwinan demi mengikut adat mahupun kehendak hati yang keterlaluan.

Orang kata...selebriti adalah idol. Maka dibariskan beberapa perkahwinan/pernikahan artis ataupun selebriti yang mengikut garis panduan Islam.

ADAM AF & FIZA

Fiza, bekas anggota kumpulan Elite telah selamat dinikahkan dengan finalist AF2, Adam pada 26 September 2013 dengan mas kahwin RM300 serta sepersalinan lengkap. Sungguh tersentuh rasa hati melihatkan pasangan ini yang mengenakan pakaian serba putih lengkap dengan serban, jubah, tudung labuh dan niqab.









DIANA AMIR & HABIB BULLAH

Selamat sudah Diana Amir bergelar isteri yang sah kepada Habib Bullah dengan sekali lafaz pada 23 Oktober 2013. Sungguh ayu persis puteri, wajahnya berseri di saat dinikahi. Mahar yang disertakan hanyalah sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran...Masya-Allah






IMAM MUDA HASSAN & ULFAH

Sebagai pasangan yang meraikan hari bahagia yang berlangsung sekali seumur hidup, setiap detik indah yang berlaku pastinya ingin diabadikan. Mereka juga tidak ketinggalan mengadakan 'photo shoot' tetapi tetap menerapkan nilai-nilai sensitiviti Islam.








IMAM MUDA NAUFAL & YM TENGKU HASANAH

Sejajar dengan gelaran yang diberi selaku imam muda, seharusnya majlis walimatul urus yang berlangsung juga menepati unsur-unsur Islam...cuba saksikan....



USTAZ DON DANIYAL & HUSNA

Ustaz merangkap selebriti ini sewajarnya dijadikan contoh dalam melaksanakan walimah. Walaupun mengikut syariat Islam seperti persalinan ringkas, berselawat, tidak mekap keterlaluan.....namun majlis mereka tetap meriah!







Semoga pasangan-pasangan ini berbahagia dan rumahtangga yang dibina sentiasa dirahmati Allah.

Mungkin ada yang maish keliru do & don't dalam perkahwinan Islam kerana kita semakin unsur-unsur Islam yang mudah ini telah dicemari dengan elemen agama mahupun bangsa lain. Akibatnya, ada yang melihat perkahwinan sesuatu yang menyusahkan dan melewat-lewatkan niat untuk mendirikan masjid dan menghalalkan hubungan. Walhal, dalam setiap majlis perkahwinan yang wajib dan penting adalah akad nikah. Saat di mana si gadis diserahkan secara rasmi kepada si suami bukan hanya fizikalnya malah segala tanggungjawab yang sebelum ini dipikul oleh si ayah berpindah secara automatik kepada si suami...Allahuakbar...

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:



“Ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa sallam menikahi seorang perempuan, baginda mengutuskan aku untuk mengundang beberapa orang untuk makan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3219)



Beberapa peringatan untuk kita bersama berkenaan majlis walimatul urus:

1) Walimatul urus hukumnya SUNNAH

2) Wajar diselenggarakan oleh pihak suami mengikut kemampuan tetapi jika pihak perempuan turut ingin mengadakan keraian tidaklah menjadi kesalahan

3) Waktu Walimah yang sebenar adalah setelah selesai upacara akad nikah

4) Para hadirin & jemputan adalah dari kalangan jiran tetangga dan saudara mara tanpa mengira kaya atau miskin, ada pertalian ataupun tidak. Amalan hanya menjemput undangan yang setaraf adalah dilarang, tidak diberkati dan menyuburkan sifat mementingkan diri & sombong.
Perkara ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis bermaksud: "Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis walimatul urus yang hanya dijemput orang kaya sahaja, orang fakir dan miskin tidak pula dijemput untuk makan bersama." (Hadis riwayat Bukhari).

5) Budaya memberi sampul berisi wang kepada tuan rumah juga adalah tidak wajib

6) Mendoakan pasangan pengantin yang diraikan dan berselawat sewaktu memulakan majlis.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
“ Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai"

(Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib k.wj)

7) Hiburan sewaktu majlis hendaklah yang sopan dan tidak melalaikan (nasyid yang memuji kebesaran Allah dan lagu-lagu selamat pengantin baru). Dilarang mengadakan nyanyian karaoke ataupun joget lambak yang mencampurkan lelaki dan perempuan.

8) Dilarang melakukan persandingan di atas pelamin diikuti upacara tepung tawar & sebagainya.

9) Tidak mencampur adukkan hadirin yang datang. Jika boleh dirikanlah khemah yang berasingan antara jemputan lelaki & perempuan supaya mengelakkan pergeseran.

10) Niat melakukan majlis bukan bermegah-megah, bangga diri dan sebagainya

11) Tidak melakukan pembaziran dalam bentuk wang ringgit (menyewa pelamin yang besar, set audio, hantan berjumlah ribuan ringgit), makanan (berlebih-lebihan sehingga dibuang) & masa (sesi fotografi sehingga terlepas solat fardhu)

12) Tidak ada ucapan atau kata-kata yang kurang sopan dari yang menyaksikan

13) Tidak melakukakn adegan suami isteri di khalayak umum. Pasangan pengantin harus menjaga adab seperti bersifat malu, menghormati tetamu dan para jemputan.

14) Tidak Tabarruj dan tidak menutup aurat. Definisi Tabarruj:
-Memperlihatkan kecantikannya yang wajib ditutup kepada lelaki bukan mahram. Dilarang mekap berlebih lebihan (memakai bulu mata palsu, rambut palsu, mengukir kening, mewarnakan kuku, dan memakai warna-warna yang galak)
- Memperlihatkan anggota badan seperti pinggul, lengan, betis, dada, leher & wajah kepada lelaki bukan mahram
- Mendedahkan kecantikan pakaian & perhiasan kepada lelaki bukan mahram
- Memperlihatkan lenggang lenggok & kegenitan kepada lelaki bukan mahram

15) Jika ingin memakai inai, haruslah dari material yang tidak kalis air dan lukisannya tidak menyerupai haiwan. Tiada inai di jari lelaki.

16) Selepas ijab qabul, pasangan digalakkan mendirikan solat sunat tanda syukur ke hadrat Ilahi

17) Tidak mengabaikan perkara Fardhu seperti solat sepanjang majlis berlangsung

18) Tiada perkara khurafat seperti merenjis beras kunyit / air mawar

19) Tidak bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram



Wahai An-Nisa, Allah jadikan kita akal yang waras untuk memilih melaksanakan sesuatu perkara. Pernikahan adalah suatu permulaan untuk melayari bahtera rumahtangga. Jika permulaan ini diberkati, In sha Allah, yang perjalanan seterusnya juga bakal dirahmati. Wallahualam...

Monday, October 28, 2013

JODOH ITU RAHSIA ALLAH - KISAH CINTA SUCI PUTERI 'TANPA SAYAP'


Melihat keromantisan gambar sepasang kekasih ini, kita seolah-oleh tidak perasan perbezaannya dengan pasangan bahagia yang lain... Hakikatnya, ini adalah kisah cinta sejati

PUTRI HERLINA
REZA SOMANTRI

Putri Herlina dilahirkan tidak sempurna. Kedua orang tua yang tidak pernah dikenali membuangnya di hospital sedari kecil hanya kerana bayi mulus dilahirkan tanpa kedua-dua tangannya. Putri diambil oleh seorang individu dengan harapan beliau dijaga rapi tetapi berlaku sebaliknya. Gadis cilik ini dijadikan alat pemerdagangan dengan dipaksa mengemis di jalanan, meraih simpati orang ramai. Tidur di kaki lima yang tidak beralas dan diselimuti debu adalah perkara biasa bagi Putri.

Sehinggalah Tuhan menemukannya dengan dengan pengurus dari sebuah panti asuhan, Bu Naryo. Di dalam asuhan Bu Naryo, Putri dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa. Walaupun tubuhnya tidak sempurna, Putri seorang gadis yang tidak pernah patah semangat dan tidak mahu dirinya dibezakan dengan gadis normal yang lain. 

"Aku sekolah di sekolah biasa mas, aku ngak mau dikasihani, SMP ku di sekolah Muhammadiyah biasa, SMA ku juga, aku tidak minta meja khusus...kutulis semua dengan kakiku..bisa kok!" tegas Putri.






Setelah menamatkan pembelajaran menengah, Putri kembali ke panti asuhan yang pernah menjadi tempatnya berlindung. Berkhidmat dan berbakti kepada kanak-kanak yang senasib dengannya.


Pernah juga ditawarkan pembiayaan membuat tangan palsu supaya dia bisa hidup bahagia sekiranya telah berumah tangga, namun Putri menolak dengan halus:

"Aku ingin suami yang mencintaiku apa adanya. Lelaki kerap melihat wanita dari kelebihannya saja, tapi aku pingin suamiku tahu kekuranganku. Lagipun, kami akan hidup bersama hingga mati kan..." tutur Putri.

Allahuakbar....Tuhan itu Maha Adil. Seolah mendengar doa insan ini, Allah menghantar seorang jejaka untuk menghapuskan air mata derita Putri. Reza Somantri adalah seorang jejaka yang sangat istimewa di mata Putri. Bukan kerana beliau anak Bekas Timbalan Gabenor Indonesia, tetapi kerana Reza adalah lelaki sederhana yang bisa melihat kesempurnaan di dalam diri Putri.



Berkat restu kedua ibu bapa pihak lelaki yang mendoakan kebahagiaan hidup anak lelaki mereka, pasangan ini disatukan dengan majlis yang penuh gemilang bersaksikan air mata kesyukuran yang berlinangan di pipi Putri Herlina. Bak kisah dongeng, Putri ditakdirkan Tuhan menemui insan yang menolak tepi kekurangan dirinya atas bukti cinta sejati.

Semoga jodoh mereka dipanjangkan Allah dan sentiasa bahagia ke anak cucu...

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat sabung menyabung. Kita menangis, merintih dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi....Begitulah juga perihal jodoh. Kita menangis di atas kegagalan cinta yang lalu tanpa kita sedar Allah mahu mengirimkan jodoh yang jauh lebih baik...

Bersabar dan berserahlah kepada Allah....


Sunday, October 27, 2013


CIRI -CIRI WANITA MUSLIMAH & ISTERI SOLEHAH

Rasulullah bersabda:"Dan sebaik-baik wanita adalah mereka yang boleh menggembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya..dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu..." (Hadith riwayat Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan Al-Hakim)

Sebagai kaum wanita, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik. Terbaik untuk menjadi isteri kepada suami yang dicintai, terbaikuntuk menjadi ibu kepada anak-anak yang dikasihi, terbaik untuk menjadi anak kepada ibu bapa yang disayangi, terbaik untuk menjadi contoh kepada masyarakat yang dihormati DAN terbaik buat ALLAH & AGAMA yang disanjungi.

1. BERPEGANG KEPADA AGAMA
Wanita yang berpegang kepada agama dalam setiap aspek kehidupan mempunya keperibadian yang unggul. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam.

2. MEMPUNYAI 'INNER BEAUTY'
Seorang wanita yang tulen adalah yang lemah lembut dalam perwatakan tetapi mempunyai prinsip hidup yang tegas. Sekiranya mempunyai rupa paras yang menawan itu hanyalah 'bonus'.

3. MANJA
Lelaki amat menyenangi wanita yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Sifat manja juga akan menyenangkan hati lelaki. Tetapi bukan lah melampau hingga menampakkan ditrinya tidak matang.

4.MENJAGA KECANTIKAN
Wanita yang mementingkan kecantikan dan kekemasan penampilan diri dipandang tinggi oleh suami. Memang fitrah seorang wanita ingin sentiasa kelihatan cantik asalkan bersederhana dan tidak menampilkan kecantikannya untuk insan selain dari suaminya yang berhak.

5. BERAKHLAK MULIA
Berakhlak mulia dalam erti kata sopan santun, memperhalusi bicara dan menghormati orang lain. Mereka lah tunjang kejayaan suami.

6. TIDAK CEREWET
Sabda Rasulullah SAW: "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya..." (Hadith Riwayat Nasa'i)

7. MEMAHAMI SUAMI
Wanita harus mempunyai instinct terhadap keadaan suami. Seorang wanita yang bijak boleh menafsir apa yang sedang dirasai oleh suami dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Sekiranya suami itu sedang berdiam diri dan dahinya berkerut, usahlah ditambah lagi beban fikirannya...tenangkanlah dia dengan sajian minuman, urutilah pundak nya yang seharian bekerja dan selitkan lah senda gurau di dalam kata-kata.

8. SEJUK MATA MEMANDANG
'Beauty lies in the eyes of beholder'. Tidak semua orang dikurniaan Tuhan dengan rupa paras seperti Miss World, namun wanita harus berupaya membawa diri supaya kita dilihat sentiasa manis dan menyenangkan seperti:
  • Bersopan santun
  • Senantiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menjaga aurat
  • Tidak cemburu buta
  • Menghormati orang lain

Bak nasihat Prof. Dr. Muhaya, mari kita audit diri. Kita semua tidak perfect tapi kita harus ada motivasi atau 'drive' untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri.

Wassalam....