Semestinya yang saya nak 'gain' adalah moment saya bersama keluarga yang dicintai. Memandangkan study ada lagi 1 semester, saya decide untuk let go kerjaya yang telah saya bina selama 4 tahun. Bukan saya tidak sayangkan kerjaya dan environment juga rakan2 di tempat kerja tapi saya sedar anak2 dan suami di rumah lebih memerlukan saya.
Suami sangat dedicated dalam kerjaya beliau. Satu perkara yang sangat saya kagumi terhadapnya. Tidak wajar saya menyuruhnya mengorbankan kerjayanya untuk keluarga sedangkan saya seorang ibu dan isteri masih lagi menghabiskan masa di pejabat dan events. Sangat selfish rasanya! Sedangkan tugas hakiki seorang suami adalah keluar mencari nafkah dan digalakkan si isteri untuk tinggal di rumah meguruskan rumah tangga. Kalau nak dicari dalil2 dan fiman Allah terhadap perkara ini...terlalu banyak.
Oleh itu, saya dapat rasakan masanya semakin hampir. Hampir setiap hari Safiyya kata "Mama knp asyik balik lambat, kakak rinduuuu mama". Sangat meruntun ayat ringkas itu. Terasa sentap hingga ke lubuk hati. Mana mungkin saya dapat bertahan mendengarnya setiap hari. Alasan "Mama kerja sayang....." seolah sudah tidak dapat diluah lagi.
Kerana kurang pendedahan dari rakan-rakan yang menjadi suri rumah, support dari blog-blog ibu yang bangga menjadi suri rumah menjadi rujukan saya. Saya copy paste beberapa tips yang diberikan:
Dari blog Khairunnisa Hamzahara. Dia kata:
1) Mulakan dengan niat
- Ingin mendidik dan mengasuh sendiri anak-anak, meluangkan sebanyak masa yang
boleh bersama keluarga
2) Kawal emosi
- Ikhlaskan hati kerana our life sudah dedicated to the family. Jangan marah anak2
kerana mengambil 'hak' rehat kita...jangan marah suami dengan mengungkit 'hak' gaji
kita. Kalau di office, kita punya masa sendiri, jadual itu kita yang tetapkan. Tapi kalau
dah jadi suri rumah, macam2 benda yang unexpected anak2 buat sehingga sikit sekali
masa untuk diri sendiri. Sabarlah dan jangan merungut.
3) Pengurusan Masa
- Masa harus diruskan dengan bijak. Kreatif dalam merancang aktiviti seharian
terutamanya bersama anak2. Kaji permainan menguji minda yang boleh dilakukan
bersama2 mereka. Jika tidak mesti terasa boring buat benda yang sama setiap hari.
4) Pendapatan
- Cuba cabar diri melakukan sebarang aktiviti atau perniagaan dari rumah yang boleh
menjana pendapatan. Sikit2 lama2 jadi bukit.
5) Outsourced
- Jangan paksa diri untuk melakukan semua kerja sampai sakit. Kalau ibu sakit, siapa
nak jaga semua ahli keluarga. Sekiranya berkemampuan, kerja2 rumah yang boleh
di'sub' keluar, boleh lah buat begitu. Contohnya, basuh toto/conforter/carpet di
laundry...menyental lantai lapur, lap kipas dan basuh tingkap dan grill tu boleh lah
bayar daily maid...dalam RM40 dalam 4 jam...
Ini pulak tips yang direct dari Noor Hazwani
1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia yang akan
tanggung nanti
2. Inform keluarga dan keluarga mertua
3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada
4. Cancel semua kad kredit
5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan
6. Pastikan ada simpanan 2-3bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat
side income
7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping. No more
online shopping beli barang mengarut-ngarut dan tak perlu.
8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari-hari jika tak pandai
masak. Takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?
9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi
memenatkan.
10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah. Percaya lah. 24jam akan terisi
dengan kerenah Anak-anak.
11. Bersedia dengan suara-suara sumbang yang akan asyik dok mengata rugi
belajar tinggi, jadi surirumah. Tinggalkan kerjaya, gaji tinggi.. bukan diorang
yang tanggung pon. Jadi, abaikan.
12. Jangan lupa kawan-kawan. Nanti sunyi pulak takde org nak bercerita
hal-hal dewasa. Asyik cerita Boboiboy, upin ipin dengan pororo je. hehe..
Persediaan bagi suami
1. Suami kena bersedia dari segi kewangan. Tak perlu mewah. Cukup makan,
pakai, insurance, tempat tinggal, setel..
2. Suami kena faham rutin seorang surirumah. Sekali sekala bawaklah isteri
berjalan jalan sebagai bonus bekerja 24 jam sehari. Takdela dia rasa terperap
dalam rumah je.
3. Percaya dan yakin. Rezeki datang dari Allah. bukan dari manusia.
4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah.
Being a suri rumah is one of the fastest way to loose weight jugak! Yg ni i suke... :-)
InsyaAllah. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Pastikan niat
betul…Bagi yang masih ragu-ragu, bincang elok-elok,buat solat hajat, solat
istikarah,mintak panduan. Kadang-kadang bila buat kira-kira, macam tak
cukup je duit. Tapi setiap bulan, cukup je duit. Semua tu rezeki.